Teringin nak makan Pizza Hut atau Domino? Tapi bajet tak berapa nak ada. Boleh lah cuba buat pizza sendiri. Pizza Homemade lah katakan. InsyaAllah rasanya lebih kurang jer dengan Pizza Hut dengan Domino tu. Silap-silap lagi terasa sedap. Yela kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot.

Jom tengok resepi dari Khairiyah Othman yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. Apa lagi selamat membuat dan menguli doh untuk pizza homemade. Nak nipis nak tebal terpulang. Topping pun terpulang. Bolehlah ikut selera masing-masing nak topping apa.

Resepi Pizza Homemade

resepi pizza homemade
Imej via facebook

Bahan A: Doh

  • 4 cawan tepung gandum
  • ¼ cawan minyak
  • secubit garam
  • 1 sudu gula
  • 1 ½ cawan air suam
  • 2 sudu yis

Bahan B: Topping

  • sos spagethi dalam tin
  • bawang holland potong dadu
  • cili benggala potong dadu
  • cendawan dalam tin
  • daging kisar
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • sedikit oregano kering (pilihan)
  • mozarella cheese 

Cara-caranya :

  1. Masukkan yis dan gula dalam air suam. Kacau bagi larut sikit dan tunggu 10-15 min sampai berbuih.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung dengan garam, gaul rata , buat lubang kat tengah ,curahkan minyak dengan yis yang dh berbuih tadi.
  3. Gaul rata ,uli sampai jadi doh yang lembut dan halus .
  4. Bulatkan ,sapu minyak sikit ,tutup doh sampai naik sekali ganda.
  5. Bila dah naik ,tumbuk buang angin. Bahagikan kepada 2 bahagian (kalau nak nipis sikit buat 3 bahagian)
  6. Tekan pada bekas yang disapu dengan sedikit minyak .
  7. Cucuk permukaan dengan garfu , kemudian sapukan sos ,hias dengan topping kesukaan . Akhir sekali tabur mozarella cheese .
  8. Bakar api bawah sampai masak ,kemudian nyalakan api ats utk permukaan yg cantik (pakai oven)

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Pizza Homemade, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .