Kelazatan makanan Thailand selalu mampu mencuit hati. Setiap sensasi rasa yang dicipta mampu menggetarkan indera. Hidangan ringkas kali ini semestinya tidak boleh anda lewatkan.

Sebagai penggemar makanan Thai, semestinya anda mengenal masakan ayam phad kra phao. Phad kra phao ayam sesuai untuk anda yang sukakan sentuhan lembut ayam yang pedas.

Daun selasih mesti ada untuk memberi aroma basil yang melazatkan. Layan selera dengan phad kra phao yang dihidangkan dengan nasi putih dan telur mata mampu membangkitkan selera.

Ayuh cuba masak phad kra pao sekarang. Resepi didatangkan daripada Azwa Muhammad di laman Facebook. Resepi untuk 2 orang makan ya. Jadilah yang terpaling simple punya resepi yummy!

Resepi Phad Kra Phao Thailand

phad kra phao

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam dicincang halus,
  • Sos ikan 5 sudu besar,
  • Kicap 2 sudu besar,
  • Secukup rasa 1 sudu kecil,
  • Gula 2 sudu besar,
  • Daun selasih/basil leaves ikut sebanyak mana ingin letak.

Bahan Tumbuk :

  • Bawang merah 1 labu besar,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Cili api merah 8 ulas.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk. Kacau-kacau agak layu sedikit.
  2. Masukkan ayam cincang.
  3. Kemudian masukkan kicap, sos ikan, secukup rasa , gula dan daun selasih.
  4. Kacau sampai ayam masak dan cukup semua rasa.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi phad kra phao, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.