Mencari hidangan pencuci mulut yang mudah dan sedap? Pada perkongsian ini kami akan berkongsikan resepi pencuci mulut mudah dan sedap. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Kalau ada tetamu tiba-tiba datang berkunjung petang-petang dan tidak tahu ingin hidangkan apa untuk pencuci mulut, bolehlah cuba menu ekspres ini. Hidangan simple tidak perlu masak gaul-gaul tapi gerenti menjadi. 3 bahan yang digunakan antaranya ialah coconut cream powder, susu dan mix fruit.

Rasa pencuci mulut ini amat segar dan sedap. Tampilannya amat menarik di mana kesegaran yang berasal daripada susu cair dan serbuk krim kelapa dan mix fruit yang mampu melepasudu kecilan dahaga.

Tanpa membuat anda tertunggu, mari cubakan resepi pencuci mulut sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Niessa Chang‎ di laman Facebook. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi Pencuci Mulut Mudah dan Sedap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus coconut cream powder,
  • 1 tin mix fruits,
  • ½ tin susu cair.

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Masukkan 1 bungkus coconut cream powder ke dalam bekas.

    Imej via Facebook

  2. Tuangkan ½ tin susu cair. Kalau mahu pekat kurangkan kuantiti susu cair. Kemudian kacau hingga sebati. Kalau ingin ekstra manis boleh tambah susu pekat.

    Imej via Facebook

  3. Masukkan mix fruits ke dalam coconut cream powder dan susu cair yang telah digaul sebati. Sebelum masukkan mix fruits pastikan buang air dalam tin terlebih dahulu.

    Imej via Facebook

  4. Gaul hingga sebati dan boleh dihidangkan. Kalau ingin sedap lagi boleh simpan dalam peti sejuk selama ½ jam.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pencuci mulut mudah dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.