Pelbagai jenis pau yang boleh kita dapati kat luar sana. Jensi-jenis kuih ini bergantung kepada jenis intinya. Ada inti kaya, kacang merah, ayam, daging, cendawan, coklat, pandan dan lain-lain lagi. Kuih ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang ataupun minum malam. Rasanya yang lembut dan gebu mampu memikat penggemarnya.

Pau juga boleh dijadikan sebagai pengganti makanan berat berikutan ianya diperbuat daripada tepun dan yis yang diuli dan dibentukkan serta mempunyai inti yang terpilih. Kalau kita lihat, pau merupakan menu wajib di setiap hentian R & R di seluruh pelosok Malaysia berikutan cara makannya yang mudah dan cepat. Tambahan pula, ianya boleh di makan di dalam kereta. Bolehlah cepatkan perjalanan untuk ke destinasi.

Jadi, jom cuba membuat pau sendiri menggunakan resepi dari Danisha Dhia Darwish. Bolehlah dijadikan bekal nanti. Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak ‘complicated’ pun. Apa lagi. Jom tengok resepinya.

Resepi Pau

Resepi Pau
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 250 gram tepung pau baker choice
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh rata baking powder royal
  • 1/2 cawan air (kalau doh keras tambah sikit lagi air)
  • 5 gram instant yis
  • 1 sudu besar penuh shortening
  • 1/4 sudu garam halus
  • 1/2 sudu teh krim super

Cara penyediaannya :

  1. Ayak tepung gandum dengan baking powder.
  2. Kemudian campurkan yis dan shortening dan masukkan dalam Mixer.
  3. Larutkan air dengan susu, gula dan garam halus dan masukkan air ke dalam mixer.
  4. Uli selama 10 minit.
  5. Biarkan doh licin.
  6. Masukkan krim, super uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram.
  7. Leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan.
  8. Biarkan doh naik dalam 15 minit barulah di kukus.
  9. Kukusan yang sudah mendidih kecilkan api dan biarkn 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain.
  10. Kukus selama 7 minit.
  11. Turunkan periuk kukusan ke bawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut.

Mudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Pau ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.