Mencari resepi paprik campur yang sedap?

Paprik ialah masakan yang berasal daripada Thailand. Banyak jenis masakan paprik yang ada sebenarnya seperti paprik ayam, paprik seafood, paprik daging bahkan ada pula nasi paprik. Sesiapa yang suka masakan Thai mesti tahu kesemua jenis masakan ini.

Pada perkongsian ini pula kami akan berkongsikan resepi paprik campur di mana bahan-bahannya iaitu ayam, udang dan sotong kemudian dicampur dengan sayur-sayuran.  Jika mengikut selera, masing-masing ada yang menyukasi paprik kering namun ada pula yang menyukai masak paprik sedikit berkuah.

Paprik campur ialah hidangan yang istimewa, sedap disantap bersama keluarga sebagai lauk untuk makan tengah hari mahupun malam. Hidangan ini biasanya dapat dijumpai di kedai-kedai Thailand dengan harga RM 5 – RM 7 untuk satu bahagian kecil.

Tanpa fikir lama, jika anda teringin memasak paprik yang istimewa dengan rasa seperti kedai, anda sangat di alu-alukan untuk merujuk resepi favorit ramai ini. Dikongsikan oleh Shahratul Hikma di laman Facebook. ‎Selamat mencuba dan menjamu selera.

Resepi Paprik Campur Ala Negara Gajah Putih

paprik campur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili merah
  • Cili padi
  • daun limau
  • Cili kering kisar
  • Sos tiram
  • Carrot
  • Garam dan gula
  • Tomato
  • Sayur-sayuran
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai. Tumis sampai naik bau.
  3. Lepas itu masukkan cili merah, cili padi and daun limau. Yang ini terpulang pada selera masing-masing. Kalau nak pedas letak cili padi lebih sikit.
  4. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar.
  5. Masukkan ayam.
  6. Masukkan sos tiram, ikut sukatan sendiri.
  7. Masukkan carrot. Tujuannya sebab carrot keras, maka nak bagi dia sebati rasa dengan kuah dan bagi lembut sikit.
  8. Masukkan garam and gula secukup rasa.
  9. Masukkan tomato kemudian campak segala sayur sayur yang anda nak letak.
  10. Akhir sekali baru letak udang dan sotong dan kacau sampai masak. Tujuan letak akhir sekali sebab tak nak bagi udang dan sotong cepat kecut and keras.
  11. Bagi mereka yang suka berkuah bolehlah letak sedikit air.
  12. Kemudian biarkan mendidih sekejap dan siap dihidang.
paprik campur

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi paprik campur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.