Mahukan resepi pan cake yang sedap?

Bulan Ramadhan telah tiba lagi untuk tahun ini. Sudah semestinya, ramai diantara kita yang sudah berkeluarga ataupun masih bujang mencari resepi resepi mudah yang boleh kita cuba semasa sahur.

Waktu sahur adalah waktu yang sesuai untuk kita makan sesuatu yang ringkas akan tetapi masih lagi mendapat khasiat dan tenaga yang boleh dibekalkan sepanjang waktu berpuasa.

Pancake adalah salah satu masakan barat, walaubagaimanapun, ianya juga kerap dimakan semasa sarapan pagi. Pada bulan Ramadhan ini, menghidangkan pancake sewaktu sahur juga salah satu idea bernas yang boleh anda cuba. Walaupun orang kita masih mengemari menu tempatan setiap pagi, sekali sekala kita ubah selera apa salahnya kan? Jom cuba resepi ini!

Resepi ini telah dikongsi Habibah Amin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook!

Resepi Pan Cake

Pancake

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh bicarbonate soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 cawan susu suhu bilik (fresh milk)
  • 1 sudu besar cuka masak
  • 1 biji telur (asingkan kuning dan putih)
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar butter (cairkan)
  • 1 sudu besar minyak canola
  • 1 sudu teh vanilla esen

Cara – cara memasak:

  1. Campurkan susu dan cuka, kacau sebati biarkan 10 minit (for buttermilk)
  2. Satukan tepung, baking powder, baking soda, gula dan garam dan kacau hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, letakkan butter cair, minyak dan esen vanila kemudian kacau hingga sebati
  4. Masukkan kuning telur, buttermilk dan bahan basah ke dalam bekas tepung tadi dan kacau sebati dengan whisk sahaja. (jangan over whisk, hanya untuk sebati sahaja)
  5. Untuk dapatkan extra fluffy dan naik tinggi pancake tersebut, putih telur dipukul sampai kembang (tapi tidak perlu sampai soft peak) then campur ke dalam batter kacau sebati.
    Nota: sebelum ini resepi saya hanya pukul putih telur sampai berbuih putih sahaja
  6. Panaskan non stick pan dan masak seperti biasa, semasa masak saya tak gunakan minyak pun didalam pan cuma sapu sekali je butter nipis-nipis masa mula panaskan pan.
Pancake

Image via Facebook

Siap!

 

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi pancake ini, terdapat juga resepi lain yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada keluarga dan yang tersayang. Variasikan juadah anda dengan mencuba resepi yang sedia ada ini dan jangan lupa untuk dikongsikan bersama rakan – rakan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.