Ramai yang mencari resepi kek paling cepat dan senang dibuat. Resepi oreo cheesecake ini termasuk dalam kek yang paling senang dibuat, tanpa dibakar dan boleh disiapkan dalam 20 minit sahaja.

Meskipun begitu, Oreo cheesecake paling lambat dimakan kerana harus tunggu ia keras dulu. Untuk tunggu mengeras cuku memakan masa. Kena simpan dalam peti sejuk supaya cepat keras.

Anak-anak sangat suka Oreo cheesecake. Ia amat lembut dan amat terasa Oreo dan vanilanya. Serasa macam makan oreo sebenar namun dengan kelembutan cheesecake.

Mari buat Oreo cheesecake kegeraman anak sekarang juga. Bahan-bahan yang mudah didapat serta resepi yang senang dicubakan dikongsikan oleh Norain Ramli di laman Facebook. Sila cubakan.

Resepi Oreo Cheesecake Lembut

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 plastik oreo vanilla,
  • 50 gram mentega,
  • 250 gram cream cheesem
  • 1 sudu makan vanilla,
  • 80 gram castor sugar,
  • 250 g whipping cream.

Cara-cara :

Bahagian bawah cheesecake :

  • Oreo dihancurkan sekali dengan inti vanilanya.
  • Mix dengan mentega yang sudah dicairkan.
  • Masukkan ke dalam loyang dan tekan pakai sudu biar rata dan padat.

Cara membuat lapisan Cheesecake :

  • Pukul cream cheese, vanila dan gula kastor hingga sebati.
  • Kemudian masukkan whipping cream. Pukul sebati.
  • Terus letak dalam loyang tadi dan ratakan pakai spatula.
  • Tabur oreo hancur di atas untuk hiasan.
  • Masukkan dalam peti ais semalam hingga keras.
  • Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Oreo cheesecake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.