Sekarang ini banyak di viral kan makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya tidak baik untuk kesihatan berikutan cara pembuatannya yang menggunakan bahan yang tak berkualiti seperti urat, lemak dan sebagainya. Tapi apakan daya, nak berhenti 100% memang tak dapatlah. Tambah-tambah untuk kanak-kanak dan orang muda.

Tahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Tak sangka dek akal rupa-rupanya nak membuatnya semudah abc dan 123. Siap boleh simpan lagi tuh. Bolehlah untuk beberapa kali makan. Yang paling penting yakin berkhasiat, bersih dan sedap.

Jom tengok resepi Nugget Homemade dulu. Resepi ini daripada Shai Anne Ahemed. InsyaAllah sama macam yang dijual di luar tuh. Jom tengok resepinya. Yang penting, homemade & bebas bahan pengawet. Nugget Homemade 100%.

Resepi Nugget Homemade

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Ayam 2 keping (isi dada sahaja) dicincang halus
  • Roti 5 keping
  • Susu segar /sejat (rendam roti)
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Bawang merah 1 biji 
  • Serbuk lada putih/hitam : 1 sudu teh
  • Baking powder : 1 sudu teh
  • Garam : 1 sudu teh 
  • Oregano kering : 1/2 sudu teh
  • Thyme kering : 1/2 sudu teh
  • Telur
  • Serbuk Roti

Cara-cara penyediaannya:

  1. Gaulkan isi ayam yang dicincang & roti penyet.
  2. Blendar bawang-bawang. Masukkan sekali juga dengan bahan2 lain kesemuanya. Gaul rata.
  3. Masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit minyak. Kukus 20-30 minit. 
  4. Setelah sejuk, potong mengikut saiz yang di sukai.
  5. Untuk bahan gaulan supaya rangup, siapkan tepung gandum dicampurkan dengan tepung beras, telur 2 biji di pukul untuk celupan dan serbuk roti oren.
  6. Mulakan masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam campuran tepung , celup pada telur, kemudian golekkan di atas serbuk roti.
  7. Simpan elok-elok dalam bekas bertutup, dan kemudian simpan dalam peti sejuk.

Dah siap. Bila-bila nak makan bolehlah defrost dan goreng. Kalau nak bekalkan ke anak-anak pun boleh. Nugget Homemade yakin, bersih dan sihat. Selain resepi Nugget Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .