Nian Gao merupakan kuih bakul yang selalunya dihidangkan semasa Tahun Baru Cina. Mengikut kepercayaan kaum Cina, hidangan Nian Gao juga membawa tuah terutamanya pada tahun baharu. Gao membawa maksud tinggi, menjadikan nama kuih ini membawa maksud yang sama erti dengan semakin tahun semakin tinggi.

Nian Gao adalah pencuci mulut dan rupanya adalah seperti dodol. Ini kerana, ianya diperbuat daripada tepung pulut. Ianya amat lazat dan unik. Jadi jom kita lihat cara pembuatannya.

Ianya telah dikongsikan oleh Azahari Abdullah dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook serta komen – komen positif.

Resepi Nian Gao

nian gao
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500 gm gula putih
  • 500gm Tepung Pulut
  • 350gm Air Panas
  • Daun Pisang Di Layur

Cara – cara memasak:

  1. Masukan gula putih ke dalam kuali/periuk sehingga menjadi cair ( dijadikan sebagai Golden Syrup)
  2. Apabila gula dah cair dan perang, masukan air panas dan kacau sehingga larut
  3. Apabila gula dah sebati, tutup api dan rehatkan gula/golden syrup sehingga menjadi suam.
  4. Di dalam bekas lain, masukan tepung pulut dan air gula/golden syrup sedikit demi sedikit sehingga semua bahan sebati dan larut. Angkat adunan sehingga nampak tidak putus atau bertali-tali. Biarkan pekat-pekat cair.
  5. Sediakan bekas bulat, balutkan daun pisang jadikan acuan.
  6. Tuangkan adunan kedalam acuan.
  7. Kukus sehingga 6-8 jam.
  8. Biarkan Kuih Bakul sejuk atau mengeras barulah di makan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi nian gao, pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kenalan anda. Sehingga berjumpa lagi nanti!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.