Ada yang minat dengan nasi ulam? Kali ini kami sertakan resepi kepada sesiapa yang teringin belajar buat nasi ulam. Jom selepas ini sepakat ramai-ramai makan makanan yang sihat lagi menyihatkan ini. Asasnya, nasi ulam ialah nasi yang dimasak dengan menggunakan banyak-banyak jenis ulam. Sepatutnya lagi banyak ulam lagi sedap tapi kalau tidak ada 5 jenis pun dikira sudah ok.

Penyediaan nasi ulam amatlah mudah. Zurida Hassan berkongsikan di laman Facebook cara membuat nasi ulam campak-campak dalam kuali dan terus menjadi. Makanan ini dicipta khas untuk anda yang vegetarian, yang bermaksud orang-orang yang hanya makan sayur sahaja. Selain itu, resepi mudah ini amatlah popular dan mendapat perkongsian yang amat ramai di Facebook.

Rugi jika tidak cuba buat makanan sihat dan unik ini. Hidangkan sebagai sarapan atau makan malam. Perut kenyang badan sihat.

Resepi Nasi Ulam

nasi ulam

Imej via Facebook

Bahan Ulam :

  • Daun mengkudu,
  • Putat,
  • Selom,
  • Sekentut,
  • Bebuas,
  • Tebengau,
  • Beluntas,
  • Janggus,
  • Pucuk kari,
  • Daun kesum,
  • Peria pantai,
  • Kaduk,
  • Bunga kantan,

    nasi ulam

    Imej via Facebook

Bahan lain :

  • Serai,
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Cili padi.

Cara-cara :

  1. Potong@hiris halus ulam.
  2. Blend kering/tumbuk lumat serai, halia, dan lengkuas.
  3. Masukkan cili padi yang dihiris nipis kalau suka pedas.
  4. Masukkan bawang merah hiris dan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam ulam.
  5. Masukkan kerisik dan ikan masin (boleh guna ikan talang, tenggiri, gelama).
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  7. Seterusnya di dalam bekas nasi, masukkan lada hitam.
  8. Kemudian masukkan bahan-bahan ulam, gula dan garam. Gaul sebati. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain nasi ulam , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.