Sudah semestinya kita semua rakyat Malaysia menggemari nasi lemak bukan? Nasi lemak adalah antara makanan tradisional di Malaysia. Pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda pastinya menggemari nasi lemak. Nasi lemak ada dijual di mana-mana sahaja pada waktu pagi.

Tahukah anda nasi lemak yang dijual di negeri Terengganu mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan nasi lemak yang biasa kita makan. Apakah perbezaan antara nasi lemak Terengganu dengan nasi lemak biasa? Perbezaannya terletak di sambalnya. Sambal nasi lemak Terengganu menggunakan ikan aya atau tongkol berbeza dengan nasi lemak biasa yang menggunakan ikan bilis untuk sambalnya. Jadi mari kita lihat cara menyediakan sambal tersebut.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Nasi Lemak Terengganu

nasi lemak terengganu
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk membuat sambal:

  • Ikan Aya/Tongkol (Rebus dulu dengan garam dan asam keping, kemudian goreng sekejap)
  • Bwang merah (dikisar)
  • Cili kering (dikisar)
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Garam

Langkah – langkah memasak:

  1. Tumis semua bahan dikisar sampai pecah minyak.
  2. Masukkan daun pandan, air asam jawa dan gula melaka.
  3. Biarkan seketika, masukkan ikan tadi dan sedikit air rebusan ikan.
  4. Perasakan dengan garam dan tumis sampai nampak pekat.

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba, jangan gentar untuk mencuba ya. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda di media sosial! Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .