Mungkin ramai yang tidak gunakan cara ini, tapi adakah anda tahu bahawa masak nasi cara kukus jadikan perkara masak nasi lebih senang?

Dengan cara dikukus, nasi yang terhasil cantik kejadiannya. Selain itu, nasi juga tidak hangit, bahagian bawah nasi tidak berkerak juga tidak ada nasi yang melekat di periuk.

Cara mengukus nasi sangatlah mudah rupanya. Anda boleh menggunakan bekas aluminium foil, atau seperti orang kebanyakan yang menggunakan bekas plastik, walaupun cara dengan menggunakan bekas plastik sedemikian ini tidak terlalu disarankan.

Dan untuk anda yang tidak punya pengukus boleh buat nasi kukus menggunaka periuk nasi. Menggunakan kaedah yang sama. Namun jangan lupa, gunakan bekas nasi yang selamat ya. Resepi dikreditkan kepada Siti Norfifi Fatihah‎ di laman Facebook.

Resepi Nasi Kukus Mudah Sedap

nasi kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras,
  • Air,
  • Bekas,
  • Periuk kukus.

Cara-cara :

  1. Masukkan beras ke dalam bekas sesuai sukatan (jari).

    nasi kukus

    Imej via Facebook

  2. Masukkan sukatan air. Caranya; letakkan jari di atas beras. Maka paras air sama dengan sukat beras tadi.

    nasi kukus

    Imej via Facebook

  3. Basuh beras bersih.
  4. Masukkan dalam pengukus. Kukus dalam 15-20 minit.

    nasi kukus

    Imej via Facebook

  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi gulai ikan masin tumis darat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.