Pernahkan terfikir ingin masak nasi kambing tapi bila difikir-fikir balik rasa macam leceh dan susah? Ya, nasi kambing ialah hidangan berat yang selalunya dihidangkan dalam acara kenduri dan acara rasmi sebagai menu utama. Maka, tidak boleh suka-suka masak nasi kambing jika bukan untuk dimakan ramai dalam suatu acara.

Namun, kami ada cara mudah masak nasi kambing. Cukup untuk seorang makan jika mahu. Kami pastikan resepi ini tidak leceh dan anda tidak perlu pikirkan nak beli kambing berapa kilo untuk buat hidangan ini.

Noorasmidar Zulkifly berkongsikan idea masak resepi nasi kari kambing menggunakan kambing dalam tin. Mudah sangat dibuat dan tidak leceh sedikitpun. Rasanya pula sedap macam nasi kambing yang biasa dibuat untuk kenduri. Kena tambah rempah dan sesuaikan rasa maka jadilah dia nasi kambing tin untuk hidangan keluarga.

Resepi Nasi Kambing ADABI Tin

Imej via Facebook

Bahan Tumis :

  • Bawang besar,
  • Daun pandan,
  • Serai,
  • Buah pelaga,
  • Kayu manis,
  • Kambing tin.

Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Masukkan kari kambing tin, air secawan dan garam ke dalam periuk.
  2. Apabila mendidih masukkan beras dan rendam selama 20 minit.
  3. Kacau dan tutup penutup. Tunggu sampai beras masak.

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.