Pernahkah anda memakan nasi jagung?
Nasi jagung sama dengan nasi putih namun dicampurkan dengan jagung yang sudah dikopek. Nasi jagung mengandungi banyak gizi berbandingkan nasi putih biasa. Nasi jagung juga kaya akan vitamin A, B1, B6,B12 dan C.

Nasi jagung biasanya dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat. Biasanya orang yang tinggal di kawasan kampung mencampurkan jagung ke dalam nasi sebagai penambah sumber karbohidrat kerana beras mahal harganya.

Nasi jagung sangat disukai kanak-kanak kerana bentuknya yang menarik. Nasi jagung boleh dimakan seperti nasi putih dan dihidangkan dengan lauk macam biasa. Nasi jagung juga boleh dimakan oleh orang yang tengah berdiet kerana kandungan karbohidratnya tidak sebanyak nasi putih biasa.

Pada resepi kali ini kami mengongsikan resepi nasi jagung yang di buat oleh Roha Ali‎ dan telah ia kongsikan di Facebook. Sila baca dan cuba resepinya.

Resepi Nasi Jagung (Sedap dan Sihat)

resepi nasi jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Rempah 4 sekawan.
  • Beras basmati @ pulsa 1121. Rendam beras 30 minit dan toskan.
  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.
  • Air.
  • Jagung biji 1 tin.
  • Susu cair setengah tin.
  • Pewarna kuning.
  • Garam.
  • Sebuk perasa.
  • Marjerin untuk menumis.

Cara Memasak Nasi Jagung

1. Panaskan kuali  dan masukkan majerin.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Masukkan air hingga mendidih.

4. Setelah itu masukkan jagung biji 1 tin.

5. Masukkan susu cair setengah tin.

6. Kemudian masukkan pewarna kuning ikut suka.

7. Masukkan beras.

8. Masukkan serbuk perasa dan garam sesuai selera.

9. Akhir sekali masak di atas api atau rice cooker.

10. Tunggu nasi kering baru kacau rata.

Tips sukatan air :

Beras basmati 1:1 1/2
Pulsar 1122 1:1/4

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Nasi Jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.