Sebut pasal nasi goreng. Pasti terbayang bermacam-macam nasi goreng kan? Nasi goreng ini merupakan menu yang mudah dimasak. Jadi apa kata kali ini, cuba masakkan nasi goreng tom yam pula. Sekali sekala variasikan lah jenis nasi goreng. Barulah tak bosan iyo dak?

Jangan tak tahu, selain menu tom yam, rencah tom yam juga boleh dibuat nasi goreng tau. Jadi, mari cuba resepi ini, kerana rasanya seakan-akan sama dengan yang dijual digerai, haaa secara tak langsung boleh berjimat kan. Kebersihan dan rasanya juga akan lebih terjamin. Atau mungkin hidangan nasi goreng tomyam ini dijadikan hidangan last minute kita. Mari lihat resepi yang dikongsikan oleh Norhayati Che Ismail

Resepi Nasi Goreng Tom Yam

nasi goreng tom yam

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Udang / sotong
  • Bawang blend/ tumbuk (bawang merah & putih)
  • Satu sudu cili blend (nak suh nampak merah)
  • Daun limau purut
  • Serai dihiris
  • Cili padi (tak letak pun takpe)
  • Kiub pati tomyam
  • Kubis bunga dan carrot
  • Garam
  • Serbuk perasa
bahan-bahan nasi goreng tomyam

Imej via Facebook

bahan-bahan nasi goreng tomyam

Imej via Facebook

Cara cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili kisar.
  2. Agak-agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau purut dan serai. Gaul sebati, Masukkan sedikit air kalau pekat. Masukkan udang.
  3. Agak-agak dah nak dekat kering, masukkan nasi. Gaul sekejap, masukkan sotong dan sayur.
  4. Masukkan serbuk perasa. Garam letak sikit je sebab kiub tu dah rasa masin juga.
tumisan nasi goreng tomyam

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng tom yam , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.