Pagi ini sarapan dengan nasi goreng telur masin mesti sedap. Resepi daripada chef Eka ZahraFiza di laman Facebook memang terbaik.

Resepinya mudah dan pantas. Menyediakannya juga mudah. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin masak pantas dan cepat untuk sarapan.

Jika ada nasi yang tidak habis dan sejuk, daripada nasi jadi basi dan terbuang, baik buat nasi goreng telur masin saja.

Di bawah ini kami sediakan resepi mudahnya. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

nasi goreng telur masin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur masin,
  • 2 cawan nasi sejuk,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 3 sudu makan minyak masak,
  • 1 sudu makan mentega,
  • Udang segar atau isi ayam,
  • ½ cawan daun bawang dihiris,
  • Cili padi potong.

Cara Membuat :

  1. Rebus telur masin, kupas kulitnya dan hancurkan dengan garfu.
  2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu makan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sekejap. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
  3. Masukkan lagi 1 sudu makan minyak ke dalam kuali tadi kemudian goreng udang @ isi ayam hingga masak. Ketepikan di pinggir kuali.
  4. Perlahankan api, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) kemudian masukkan telur masin hancur. Masak hingga telur agak berbuih.
  5. Masukkan cili padi, kacau rata.
  6. Kacau udang @ isi ayam ke dalam telur masin yang berbuih tadi dan kuatkan api dapur.
  7. Masukkan kembali nasi yang sudah di goreng tadi dan daun bawang. Kacau sebati.
  8. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.