Kali ini kembali kami akan kongsikan resepi ala Korea. Namun kali ini resepi Korea yang menarik ini menggunakan bahan nasi pula.

Ialah nasi goreng kimchi, nasi goreng ala Korea yang mampu membuat anda tidak mampu tahan godaan.

Seperti namanya, nasi goreng kimchi diperbuat dengan cara menggoreng nasi dengan kimchi, pes lada, minyak bijan. Resepi nasi goreng kimchi ini mudah dan rasanya sebijik seratus peratus macam restoran Korea.

Saking sedapnya resepi ini gerenti anda akan makan bertambah hingga lupa diri. Sedap sungguh resepi nasi goreng kimchi yang dikongsikan oleh Siti Nurfatimah di laman Facebook ini.

Resepi Nasi Goreng Kimchi

nasi goreng kimchi Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar minyak masak,
  • 1 cawan kimchi,
  • 1/3 cawan air kimchi,
  • 1 sudu besar hot pepper paste (Gochujang),
  • 1 sudu teh minyak bijan,
  • 3 cawan nasi.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali/pan.
  2. Masukkan kimchi dan tumis sehingga masak.
  3. Masukkan nasi dan kacau.
  4. Masukkan air kimchi dan kacau.
  5. Masukkan sedikit air jika bawah kuali mula berkerak.
  6. Masukkan gochujang. Jika anda ingin pedas, boleh masukkan 2 sudu besar.
  7. Masukkan minyak bijan dan kacau sedikit kemudian tutup api.
  8. Tabur rumput laut yang digunting kecil-kecil dan biji bijan putih di atas nasi goreng.

Nota :

Boleh masukkan ayam goreng jika ingin. Ayam digoreng dulu tanpa letak apa-apa rempah. Ketepikan dan kemudian masukkan kimchi. Letak balik ayam sebelum masukkan nasi.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng kimchi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.