Sedapnya resepi nasi goreng cili kering. Sedap dimasak dan dihidangkan untuk sarapan. Walaupun guna cili kering, tapi kanak-kanak boleh makan juga. Mak tidak perlu risau.

Supaya rasa nasi goreng tidak pedas melampau, anda boleh sesuaikan mengikut selera. Namun bagaimanapun juga nasi goreng cili kering ini amat lazat.

Nasi goreng dimasak dengan bawang merah, bawang putih serta rempah lain yang ditumis. Juga ditumiskan sekali sayur dan daging yang dipotong kecil. Kelazatan daging akan terasa di setiap suapan anda.

Sila hidangkan nasi goreng cili kering hari ini, dengan perkongsian resepi nasi goreng daripada Amoi Sally‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Cili Kering

nasi goreng daging cili kering

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Nasi sejuk,
  • Bawang besar 2 biji.
  • Bawang putih 4 biji,
  • Cili kering 15 batang (rendam air panas),
  • Sedikit belacan ,
  • Ikan bilis,
  • Daging,
  • Telur,
  • Baby kailan.

Cara-cara :

  1. Blend bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan, ikan bilis (blend kasar atau tumbuk pun boleh).
  2. Tumis bahan blend hingga masak dan garing, kemudian masukkan daging.
  3. Masukkan telur. Biar telur hingga keras sedikit baru masukkan bahan perasa dan garam.
  4. Bubuh kicap sedikit.
  5. Masukkan sayur dan biar sayur setengah masak.
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata.
  7. Siap dan sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng cili kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.