Kalau anda sedang sibuk atau mungkin malas, resepi yang kami bawakan kali ini khas untuk anda. Resepi ini amat mudah untuk dimasak, jangan risau sekiranya anda masih amatur atau baru belajar memasak, resepi ini sesuai juga untuk anda!

Nasi Goreng Biasa tidak memerlukan bahan yang sukar untuk dicari, malahan, anda boleh mengambilnya didalam peti ais anda sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Achikjan Ahmadnoor dan telah mendapat banyak likes di media sosial.

Resepi Nasi Goreng Biasa

nasi-goreng-biasa
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Nasi
  • Garam halus
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Fish cake
  • Sayur kailan

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang, cili dan fish cake sehingga garing.
  2. Masukkan nasi.
  3. Pecahkan 1 biji telur ditengah kuali dan kaup balik nasi apabila telur sudah masak.
  4. Masukkan sayur dan goreng sekejap sahaja sehingga sayur setengah masak.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .