Pernah makan Nasi Ayam Hainan? Ingin cuba memasak sesuatu yang baru tetapi tak ada idea? Apa kata anda cuba resepi yang sangat menarik ini. Resepi ini diyakini sangat mudah untuk difahami dan confirm sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Nasi Ayam Hainan ini asalnya masakan daripada kaum Cina tetapi telah diasimilasikan supaya sesuai dengan selera orang Melayu.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Rozita dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan

Imej via Facebook

Bahan bahan

Ayam Rebus

  • 1 ikat daun bawang potong potong
  • 2 inci halia ketuk
  • 5 biji bawang putih katuk
  • 1 ikat daun ketumbar
  • Stok ayam
  • Ayam 1 ekor digaul dengan garam
  • Air untuk rebus ayam ( ayam mesti tengelam dalam air rebus tu ye )

Nasi

  • Beras 3 pot
  • Halia 1inci diblend halus
  • Bawang putih diblend halus
  • Stok ayam agak agak je
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2sd majerin
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam
  • 2sdb minyak bijan

Ayam Goreng (jika mahu)

  • Ayam
  • 2sdb kicap soya pekat
  • 2sdb sos tiram
  • 2 sdb minyak bijan
  • 2sdb madu

Sambal Lada

  • Lada besar 5 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cuka
  • Garam
  • Stok ayam

Sos Halia

  • Halia 1inci blend hancur
  • Bawang putih 3 ulas blend halus
  • Daun bawang sepohon di hiris nipis
  • Minyak jagung panas
  • Garam
  • Stok ayam
  • Minyak bijan sesudu

Cara Cara Memasak

Ayam Rebus

  1. Rebus semua bahan diatas sehingga mengelegak .
  2. Masukan ayam pastikan tengelam ye. Tutup api biar 5 minit.
  3. Angkat ayam tu letak tepi.
  4. Panaskan air rebusan tadi semula sampai mengelegak masukkan ayam tu semula.
  5. Ulang ulang proses ni sehingga ayam tu betul betul masak dan lembut.
  6. Setelah ayam masak sapu kulitnya dengan minyak bijan juga kicap cair soya .
  7. Proses ni 1jam lamenye. Kena tahan kesabaran tau hihii

Nasi

  1. Basuh beras dan di tos kering.
  2. Tumis bahan yang diblend halus sehingga naik bau wangi.
  3. Masuk semua bahan yang ada.
  4. Beras digoreng sehingga kering airnya.
  5. Tutup api masukan di dalam periuk nasi masukan air rebusan ayam.
  6. Masak seperti biasa.

Ayam Goreng

  1. Perap untuk 30minit ok.
  2. Goreng sehingga kekuningan dengan api pelahan untuk jaga kulitnya supaya cantik k!

Sambal Lada

  1. Blend semua gaul dan perasakan ikut cita rasa k!

Sos Kicap

  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi
  2. Masak seketika dan curah atas ayam yang siap di goreng.

Sos Halia

  1. Campurkan semua bahan tu kecuali minyak jagung.
  2. Panaskan minyak jagung curah atas bahan yang siap di gaul tadi. Ok siap!

Selamat Mencuba

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.