Tahukah anda bahawa nasi arab mandy boleh dibuat di rumah dan cara penyediaanya juga tidaklah terlalu susah. Anda juga bolehlah masak nasi arab mandy ini mengikut kesesuaian selera anda.

Resepi Nasi Arab Mandy ini telah dikongsikan oleh Rose Shubli di laman Facebooknya. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita lihat cara penyediaanya!

Nasi Arab Mandy

nasi arab mandy
image via Facebook

Bahan – bahannya:

Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
  • 1 ekor ayam
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Daun pandan
  • Daun ketumbar
  • 3 sudu minyak sapi
  • 3 sudu rempah mandy

Cara – cara penyediaanya:

  1. Tumis halia, bawang putih dan merah yang dikisar dengan rempah mandy.
  2. Masukkan air ikut sukaran beras 4 cawan digandakan menjadi 8 cawan.
  3. Biarkan sehingga mendidih dan rebus ayam sekali.
  4. Rebus ayam sehingga agak masak. Selepas itu, keluarkan ayam dan ketepikan.
  5. Masukkan beras dengan air rebusan tadi ke dalam rice cooker.
  6. Masukkan ayam sedikit, daun pandan dan daun ketumbar.
  7. Tutup semula periuk dan biarkan nasi masak.
  8. Ayam yang lebih bolehlah digoreng.
  9. Siap dan boleh dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai jenis resepi yang menarik selain daripada resepi ini untuk anda mencuba. Variasikanlah hidangan anda untuk menarik selera yang tersayang. Bila perut kenyang, hati pun senang! Jangan lupa ya untuk kongsikan artikel ini bersama kawan kawan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.