Nasi Arab merupakan menu dari Timur yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Dah banyak dah tempat-tempat yang menjual menu Nasi Arab ini.

Pelbagai jenis menu Nasi Arab yang terkenal dan popular. Antaranya Nasi Arab Ayam, Nasi Arab Daging, Nasi Arab Kambing, Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Kabsah dan sebagainya. Menu Nasi Arab ini kebiasaaannya disertakan sambal tomato dan salad.

Permulaan nya jom cuba masakkan Nasi Arab Ayam. Cara nak masak pun tak susah. Jom tengok dan cuba resepi yang mendapat perkongsian ramai iaitu Nasi Arab Ayam Muhammad Hafizuddin. Nescaya tak pandang kiri kanan dah. Bolehlah dijadikan menu untuk dihidangkan pada tetamu.

Resepi Nasi Arab Ayam

Resepi Nasi Arab Ayam
Imej via Facebook

Bahan-bahan Nasi Arab Ayam:

  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam*
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis*
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih*
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar*
  • 8 biji bunga cengkih*
  • 10 biji buah pelaga*
  • 3 helai daun salam(kering)*
  • 2 sudu makan minyak sapi*
  • 8 cawan air*
  • garam secukup rasa*
  • ayam 1 ekor potong 4* (bahagian peha dan kepak)
  • 5 cawan beras bashmati (rendam 30 mnit sebelum masak)
  • sedikit pewarna kuning
  • arang dan minyak masak

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (kalau guna noxxa – 15 minit)
  2. Keluarkan ayam dan guna air rebusan untuk masak nasi (untuk 5 cawan beras bashmati perlu 7 cawan air rebusan)
  3. Masak nasi seperti biasa dan bila nasi dah mula kering titis kan sedikit pewarna kuning
  4. Tutup semula tudung periuk dan tunggu sehingga nasi masak.
  5. Nasi jangan kacau sangat ye nanti nasi tu patah-patah dah tak cantik.
  6. Untuk ayam tadi boleh bakar sekejap atas nonstick pan bagi nampak efek hangit2 tu sikit..😁
  7. Siap boleh di hidangkan bersama sambal tomato,sup dan salad.

Resepi Sambal Tomato

Bahan-bahannya:

  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nak pedas tambah lagi) 
  • 1 tangkai batang ketumbar dihiris halus
  • 1 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon

Cara-cara penyediaannya:

  1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur

Mudahkan? Senang dan pasti sedap sehingga menjilat jari. Selamat mencuba resepi Nasi Arab Ayam. Terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama yang tersayang.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.