Sejak kebelakangan ini hidangan pencuci mulut berasaskan jagung paling banyak dicari. Hal ini kerana hidangan ini rasanya manis, berkrim dan wangi.

Jom cuba resepi muffin jagung ini.

Mohd Kholil Musa berkongsikan resepi muffin jagung sedap di laman Facebook. Resepi mudah ini gerenti akan menjadi dengan jayanya.

Resepinya amat senang. Kejadian muffin gebu dan menggoda selera. Siapa ingin cuba bolehlah tengok resepi ini. Buat jual pun boleh. Selamat mencuba.

Resepi Muffin Jagung Sedap

mufin jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur,
  • ¾ cawan gula,
  • ¾ cawan minyak,
  • 1 cawan jagung tin (sweet corn/creamy),
  • 1 sudu teh garam halus,
  • 3 sudu teh sirap jagung (pati yang bancuh air jagung),
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh baking powder,
  • ½ sudu teh baking soda.

Cara-cara :

  1. Pecahkan telur dan kacau ala kadar.
  2. Masukkan gula, jagung, garam, sirap jagung, minyak kacau sebati.
  3. Masukkan tepung, baking powder dan baking soda yang telah diayak.
  4. Kacau sebati semua bahan.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi muffin jagung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.