Pada bulan Syawal yang mulia ini, sudah pasti ramai diantara kita yang mahu untuk mengadakan rumah terbuka. Akan tetapi, mungkin ada juga yang ketandusan idea mahu memasak apa untuk juadah rumah terbuka, atau mungkin juga ingin menyediakan sesuatu yang lain daripada yang lain kepada tetamu. Salah satu resepi yang mudah untuk dimasak dan juga lain daripada yang lain ialah resepi Mi Hailam.

Mi Hailam adalah resepi yang berasal daripada kaum Cina, dan cara pembuatannya amat mudah. Tanpa kita membuang masa lagi, jom kita lihat resepi Mi Hailam!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sarina Basir dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Mi Hailam

Mi Hailam

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan utama:

  • Mi kuning 1/2 kilogram

Bahan – bahan tumisan:

  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Lada kering *
  • 3 cawan air
  • Sos tiram sesudu
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa

Bahan – bahan hiasan:

  • Lobak merah sebatang
  • Brokoli seketul
  • Udang saiz sederhana 8 ekor
  • Sayur sawi 5 tangkai
  • Kicap manis

Cara – cara memasak:

  1. Celur mi kuning sekejap dan tapis, kemudian ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda *. Agak – agak sahaja ya.
  3. Panaskan minyak di kuali, tumis bahan kisaran sehingga naik minyak.
  4. Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan gula.
  5. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan air dan biar mendidih sekejap kemudian masukkan udang dan kicap manis.
  7.  Apabila udang sudah agak masak, pecahkan telur.
  8. Masukkan lobak merah dan brokoli.
  9. Akhir sekali baru masukkan sayur sawi.

Nota: Sedap dimakan bersama lada jeruk.

Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi Mi Hailam ini, sudah tentu terdapat beberapa lagi resepi yang menarik yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama keluarga dan rakan rakan ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.