Hmm.. dah tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Asyik-asyik menu sama? Nak idea atau cadangan menu baru? Apa kata cuba masakkan Mee Wantan Kicap dan Dumpling. Masakan chinese. Bolehlah tukar selera sikit.

Jadi untuk kali ini, kami kongsikan Mee Wantan Kicap dan Dumpling. Resepi ini dikongsikan oleh Norhamidah Abdul Hamid yang menjadi kegemaran ramai. Apa lagi jom tengok resepinya.

Resepi Mee Wantan Kicap dan Dumpling

Imej via Facebook

Bahan dumpling :

  • Kulit dumpling segera (beli di pasaraya)
  • 2 keping dada ayam – dicincang
  • isi udang – dicincang
  • 1 biji telor
  • 1/2 biji bawang holand – diracik
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • daun bawang – diracik halus

Cara-cara Penyediaannya Dumpling:

  1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
  2. Ambil kulit dumpling, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit.
  3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjutkan. 
  4. Kukus dalam 4@5 minit.
  5. Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan dumpling melekat semasa mengukus.

Bahan sup jernih :

  • 3@4 cawan air
  • Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
  • Bebola ikan
  • Dumpling yang telah dikukus
  • 1/2 kiub ayam knorr
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1cm halia | dihiris nipis
  • 2 sudu besar minyak bawang putih
  • Garam cukup rasa
  • Daun bawang

Cara-cara Penyediaannya Sup Jernih:

"
  1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan dumpling).
  2. Akhir sekali baru masukkan bebola & dumpling. Biar mendidih sekejap.
  3. Padamkan api.

Bahan mee kicap:

  • 1 paket mee wantan
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair/manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu teh lada sulah

Cara-cara Penyediaannya Mee Kicap:

  1. Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
  2. Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
  3. Hidangkan mee tadi bersama dumpling goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.