Tengah hari layan mee sup chinese style pula. Resepi mudah saja dikongsikan oleh Amoi Sally di laman Facebook. Berbaloi jika anda untuk cuba di rumah.

Selain untuk dihidangkan sempena memenuhi menu harian keluarga, mee sup juga boleh dijadikan menu untuk acara rumah terbuka, kenduri dan lain-lain.

Mee sup China amat disukai ramai. Rasanya yang “ringan” dan ala healthy food membuat ia makin digilai, lagi-lagi orang yang tengah berdiet.

Mee sup China diperbuat dengan mee kuning/bihun celur yang dicampur dengan seafood dan sayuran. Makan dengan cili flakes dan sedikit kuah bijan. Sedap tiada terkata.

Resepi Mee Sup Chinese Style

mee sup chinese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Mee kuning/bihun,
  • 1 labu bawang putih~cincang,
  • Fish ball,
  • Filamen ketam,
  • Udang segar,
  • Sawi/pak choy,
  • 2 kiub pati ayam,
  • 2 sudu makan minyak bijan,
  • Garam secukup rasa,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Celur bihun atau mee kuning dalam air panas. Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan sekali dengan minyak gorengannya.
  3. Untuk menyediakan sup, didihkan air, masukkan kiub pati ayam, garam secukupnya dan minyak bijan.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan bebola. Celur seketika kemudian angkat dan toskan. Diikuti dengan filamen ketam, udang dan juga sawi/pak choy.
  5. Bila semua bahan siap dicelur, bolehlah dihidangan bersama bihun dan sup.
  6. Untuk lebih nikmat, tambahkan sambal kicap.
  7. Siram kuah letak chili flakes kemudian letak minyak bijan sedikit.
  8. Siap. Selamat menjamu selera.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.