Hari-hari makan nasi. Jemu dah kan? Jadi sekali sekala apa salahnya kalau tukarkan menu kepada mee. Hmm.. tapi nak buat mee apa kan? Terdapat banyak jenis menu mee seperti mee kuah,mee jawa, mee sup, mee hailam dan lain-lain lagi. Dah nak masak mee tapi buntulah pula nak masakkan mee apa. Apa kata cuba mee rojak mamak style versi homemade pula. Pasti puas makan kan. Yela mengikut citarasa sendiri. Dan yang paling penting, kebersihan terjamin.

Resepi ini sangatlah sesuai dengan kaki-kaki mamak. Boleh lah lepas rindu dendam masakan mamak kat kedai tuh. Jadi, apa lagi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Saleha Maarof di laman Facebook. Resepi yang mudah dan senang ini pasti buat anda puas hati. Makanlah sebanyak mana yang mungkin dan penuh keyakinan. Jom.

Resepi Mee Rojak

mee rojak

Imej via Facebook

Bahan bahan kuah kacang:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Kacang tanah ½ kilo (sangai dan kisar)
  • Biskut Marie dalam 10 keping (kisar dan dibancuh)
  • Asam jawa

Cara penyediaannya :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering, panaskan minyak dan apabila minyak dah panas, tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.

2. Apabila dah naik bau masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih dan bolehlah masukkan kacang yang telah dikisar tadi.

3. Masukkan gula garam secukup rasa. Selepas itu masukkan biskut meri yang telah dibancuh. Masa masukkan biskut marie tu kita kena kacau sebab takut bertetel atau berketul. Kacau sampai lah rasa dah tak berketul-ketul.

Bahan kuih rojak (cucur):

  • Tepung gandum
  • Tepung goreng pisang adabi
  • Daun kucai (kalau takde letak taugeh pun boleh)
  • Udang kertas
  • Yis (ambil setengah yis dan bancuh dengan air )

Cara penyediaannya :

1. Letak tepung gandum tu dalam 2 bekas tau fu fa. Lepas tu masuk 3 sudu tepung goreng pisang adabi.

2. Kemudian masukkan ½ yis yang telah dibancuh lepas tu tambah garam dan gula. Masukkan udang kertas dan daun kucai/tauge.

3. Bancuh kesemua bahan tu dalam satu bekas. Jangan terlampau cair dan jangan terlalu pekat. Sedang sedang sahaja.

4. Dah siap. Bolehlah mula menggoreng.

Bahan2 lain utk campur dlm rojak :

  • Mee kuning
  • Timun
  • Tauge (letak boleh tak letak pun ok )
  • Sengkuang
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Salad

Dah siap semuanya. Bolehlah dihidangkan di atas meja. Nanti nak makan , barulah masing ambil-ambil. Untung buat sendiri nih, sebab nya boleh pilih bahan mana yang nak lebih dan kurang. Dah siap isi, bolehlah tuangkan kuah kacang di atasnya. Selamat menjamu selera. Resepi menarik lain untuk dikongsikan.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.