Mee Kari merupakan resepi yang amat lazat untuk dimakan bersama seisi keluarga. Aroma karinya dapat menarik minat sesiapa sahaja dan rasanya memikat hati sesiapa yang merasainya. Dari jauh pun dah boleh bau tau. Kalau tetamu nak datang, bolehlah sediakan resepi mee kari nih. Sebab caranya mudah, murah dan jimat. Yang paling penting sedap !!

Oleh itu, kami bawakan resepi yang tersangatlah mudah kepada anda. Kini, anda bolehlah mencuba resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Ricik dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.

Resepi Mee Kari

Imej via Facebook

Bahan-bahan kuah kari :

1. Ayam 1/2 ekor (potong kecil)
2. 10-15 biji cili kering (blend) – pastikan direbus dahulu
3. 3 biji bawang besar (blend)
4. 3 ulas bawang putih (blend)
5. Serai 3 batang
6. Daun kari (agak2)
7. Tauhu goreng ( dibelah 2 @ 3)
8. Fish cake 3 (dipotong)
9. Santan 1 kotak kecil
10. 1 biji Kentang (saya mendurharkakan resepi.. Haha sbb tetiba ada kentang.. Hahaha!)
11. Fish ball 15 biji (potong tengah)
12. 3 sudu besar serbuk kari (saya bancuh dengan air suam dulu)

Bahan-bahan sambal:

1. 20-25 biji cili kering (blend) – pastikan direbus dahulu
2. 4 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih

Cara penyediaan kuah :

1. Panaskan minyak dan goreng sekejap serai
2. Letakkan barang yang diblend tumis sehingga pecah minyak
4. Letakkan serbuk kari
5. Letakkan ayam dan masak seketika
6. Letakkan santan 1 kotak
7. Letakkan kentang
8. Letakkan air secukupnya dan biarkan mendidih
10. Letak daun kari
11. Sudah mendidih letak fish cake, fish ball dan tauhu goreng
12. Letakkan garam dan secukup rasa, kacau.. Dan siap

Cara penyediaan sambal:

1. Tumis bahan diblend sehingga pecah minyak
2. Letakkan garam dan gula. Dan sedia dihidang

Bahan hiasan:

1. Cili merah dipotong serong
2. Bawang goreng
3. Sayur sawi di celur
4. Taugeh di celur
5. Telur direbus

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.