Rasa bosan kan asyik-asyik kat rumah hanya ulang masak mee goreng, mee kari, mee rebus, mee bandung, mee hailam jer. Apa kata kali ini cuba buat mee jawa pula. Sedapnya mee apabila ianya dimakan dengan kuah daging yang dipekat kan dengan ubi keledek. Rasanya mesti menjilat jari.

Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Mee jawa nih agak popular juga di kalangan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan mee jawa ini, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Yela, setakat ambil upah untuk jamuan-jamuan rasanya tak de maslah kan.

Jadi, jom cuba membuat Mee Jawa menggunakan resepi dari Mohd Yussof . Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah. Tak ‘complicated’ pun. Apa lagi. Jom tengok resepinya.

Resepi Mee Jawa

Resepi Mee jawa
Imej dari Dari Dapur

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg keledek – direbus dan dikisar 
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • Sedikit halia*
  • Sedikit lengkuas*
  • 100 gm udang kering*
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 kg mee kuning – dicelur
  • 1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
  • 1 bungkus fishcake – di celur dan dihiris nipis
  • 300 gm taugeh yang dicelur
  • 3 keping tauhu yang dihiris nipis 
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang goreng
  • Cili hijau / cili merah – dihiris
  • Telur rebus

Cara Cara Masak Mee Jawa:

  • Semua bahan * dikisar
  • Kemudian, panaskan minyak ke dalam periuk.
  • Tumis kesemua bahan yang dikisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan serbuk kari.
  • Kacau hingga naik minyak.
  • Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  • Masukkan garam dan gula secukupnya.
  • Sedia dihidang.

Mudahkan? Bolehlah makan bersama seisi keluarga. Selain resepi Mee Jawa ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.