Kali ini kami akan berkongsikan resepi tradisi India pula. Masalodeh nama diberi. Kudapan ini mampu menghadiahkan anda citarasa kuliner india yang menarik.

Masalodeh dibuat berbasis kacang parpu atau dal. Rasanya sedap rangup di luar tapi lembut gebu di dalam. Cara membuat masalodeh ialah ringkas dan cukup sederhana.

Namun bergitu, ramai yang sukakan masalodeh. Aroma kacang yang ditumbuk halus dan perpaduan rempah daun kari yang wangi, amat merangsang selera.

Teringin masak masalodeh? Sila perhatikan resepi yang dikongsikan oleh Masni Bahari di bawah ini, amat senang untuk dicubakan. Tidak makan masa dan senang. Selamat mencuba.

Resepi Masalodeh Rangup

masalodeh

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kacang parpu atau dal, direndam semalaman.
  • Bawang besar dipotong dadu atau hiris.
  • Jintan manis ditumbuk pecah.
  • Jintan putih ditumbuk pecah.
  • Cili kering dihiris serong.
  • Garam secukup rasa.
  • Daun kari.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kacang parpu dibasuh dan ditapis.
  2. Kemudian ditumbuk. Boleh tumbuk guna blend kering. Jangan sesekali ada air.
  3. Bila sudah lumat, letakkan dalam satu bekas. Campur semua bahan tadi. Biar selama setengah jam baru bulat dan leperkan.
  4. jika sudah siap terus goreng.
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Kalau guna api kuat nanti dalam tidak masak.

Nota : Supaya adunan tidak telerai masa goreng, guna api sederhana.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi masalodeh, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.