Tidak pasti adakah anda pernah makan masakan kampung kerabu pucuk janggus atau tidak. Tapi yang pasti, hidangan ini memiliki citarasa sendiri yang betul-betul menggamit selera.

Bila memakan masakan kampung ini mesti teringat kampung terus. Terutamanya para perantau yang duduk di bandar, perlu sesekali makan masakan kampung ini supaya sentiasa ingat kampung.

Kerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin ini selalu dihidangkan di Kedah. Mula-mula tengok kerabu ini memang macam tidak lalu makan. Tapi apabila rasa sekali, boleh jadi ketagih sedapnya!

Di bawah ini kami tuliskan kerabu daun pucuk janggus/gajus dan sardin yang dikongsikan oleh Eila Rostam di laman Facebook. Lawan dengan nasi panas-panas menu berkuah memang mengancam.

Resepi Kerabu Daun Pucuk Janggus/Gajus & Sardin

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin besar ikan sardin, ambil ikan sahaja dan dilecek hancur.
  • Daun pucuk janggus/gajus dihiris halus,
  • 10 biji air limau kasturi,
  • 2 biji bawang besar dihiris,
  • 10-15 biji cili padi (boleh tambah kalau ingin pedas lagi),
  • Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya,
  • Air jika perlu.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan-bahan di atas.
  2. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Gaul sebati dan sesuaikan rasa.
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi masakan kampung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.