Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti sahaja kita akan mencari idea resepi sewaktu sahur. Mungkin anda ingin tukar angin dan mencuba makanan yang lain daripada yang lain. Mungkin juga anda mengidam sesuatu tapi tak tahu cara untuk memasaknya. Atau mungkin, suami dan anak anda meminta hidangan yang tertentu untuk sahur.

Jangan risau! Hari ini kami bawakan resepi Makaroni Cheese Ala Secret Recipe yang amat lazat dan menyelerakan. Lagi – lagi sewaktu sahur, aroma keju daripada Makaroni Cheese ini pasti dapat menaikkan selera sesiapa sahaja.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Shazura Roslan di laman Facebooknya dan telah mendapat komen yang positif mengenai resepi ini. Jom kita cuba!

Resepi Makaroni Cheese

makaroni cheese
image via Dinner At The Zoo

Bahan – bahan masakan:

  • 1/2 ketul mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • Susu
  • Secubit garam
  • Keju mozzarella 1 1/2 cawan
  • Keju parmesan 1/2 cawam
  • Keju cheddar parut 1/2 ketul
  • Udang dan sotong mengikut kesukaan sendiri
  • Cendawan butang
  • Serbuk dan rempah
  • Serbuk oregano kering
  • Serbuk parsley kering
  • Serbuk rosemary kering
  • Lada hitam
  • Serbuk bawang putih

Cara – cara masakan:

Sos bechamel (Sos putih):

  1. Panas dan cairkan mentega
  2. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau. Pastikan tepung tiada berserbuk lagi.
  3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit, jangan berhenti mengacau.
  4. Apabila tiada lagi yang berketul, masukkan semua keju dan kacau sehingga keju cair. Sekiranya sos kelihatan pekat, bolehlah diambahkan sahaja susu.
  5. Masukkan cendawan butang, udang dan sotong. Kalau taknak seafood, boleh juga letakkan hirisan daging.
  6. Akhir sekali, masukkan segala serbuk dan adjustkan rasa mengikut selera anda.

Masukkan sos putih kedalam makaroni yang sudah direbus. Gaul sehingga sebati. Siap!

makaroni cheese
image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .