Mi Segera Maggi amat sinonim dengan rakyat Malaysia. Baik dari kanak – kanak, mahasiswa universiti, atau golongan professional, kesemuanya pernah makan Maggi. Sampaikan kesemua mi segera di Malaysia digelar Maggi.

Oleh itu, mengikut peredaran masa, hidangan Maggi juga mengalami inovasi yang unik. Pelbagai resepi yang berdasarkan maggi juga diperkenalkan. Antaranya adalah kerabu Maggi, murtabak Maggi dan juga Maggi Ketam.

Juadah ini pernah menjadi viral baru – baru ini. Oleh itu, jom kita lihat resepi Maggi Ketam yang telah dikongsikan oleh Zahra MN dan mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Maggi Ketam

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 bungkus mee segera Maggi
  • 2 ekor ketam dibelah dua
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu
  2. Masukkan perencah maggi 1 1/2 bungkus sahaja. Kacau sekejap dan masukkan air.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam dahulu.
  4. Setelah ketam masak, keluarkan dahulu daripada kuah.
  5. Masukkan pula mee maggi dan sayur yang disukai. Masukkan telur jika suka.
  6. Siap!

Cara hidang: Masuukan maggi kedalam mangkuk, ketam diletakkan di bahagian atas.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.