Kami tidak ingin ketinggalan mencuba resepi lazat satu ini.Maggi bandung yang sedap dihirup hingga kering kuahnya. Siapa ingin resepi maggi Bandung sila baca di bawah ini.

Makan maggi bandung lah malam ini. Maggi bandung bermaksud maggi yang dimasak dengan mencampur banyak perencah dan bahan. Jangan ingat ini maggi berasal dari negeri Bandung pula ya.

Resepi maggi bandung ini gerenti akan membuat anda terliur. Rasanya amat merangsang selera hingga makan satu pinggan belum puas lagi.

Silakan masak maggi bandung dengan resepi perkongsian daripada Norin Syuhada Malik di laman Facebook. Sila cubakan.

Resepi Maggi Bandung

maggi bandung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 paket mee maggi,
  • Sedikit minyak untuk menumis,
  • 2 ulas bawang putih diketuk dan ditumis,
  • ½ sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar sos cili,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • Perencah maggi,
  • Sawi,
  • 3 biji cili padi dibelah tengah,
  • Garam secukup rasa,
  • Sebiji telur,
  • Air kosong 1 gelas.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air, perencah maggi, kicap, sos cili, sos tiram dan garam.
  3. Apabila mendidih masukkan maggi, telur dan cili padi. (Jangan kacau supaya telur tidak pecah).
  4. Apabila hampir masak masukkan sayur sawi.
  5. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi maggi bandung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.