Kalau sebut sebarang makanan Western, mesti terfikir harganya yang agak mahal dan kuantitinya yang sedikit kan? Kurang ‘generous’ sebab harga bahan mentah nya pun boleh tahan jugak harganya. Kebanyakkan makanannya berasaskan keju seperti pizza, makaroni cheese, pasta, lasagna,pie dan macaroni cheese dah mula diminati oleh orang Malaysia walaupun ia bukannya makanan kebiasaan kita.

Macaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan mac & cheese adalah antara menu yang mudah dibuat. Ia bukan saja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak. Tapi itulah kalau makan kat luar rasa macam tak berbaloi sangat. Baik buat sendiri. Boleh makan sampai puas.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah dengan merujuk resepi dari Amie Samuri ini.

Resepi Macaroni Cheese Bakar

resepi macaroni cheese
Imej via facebook

Bahan A

  • Macaroni (rebus dan tos)
  • Serbuk Parmesan 
  • Parsely
  • Mozarella

Bahan B: Sos Cheese

  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 2 sudu besar butter
  • 3 keping Cheddar Cheese diparut
  • 3 cawan fresh milk 
  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala 
  • Garam dan kiub ayam

Bahan C: Sos Bolognese

  • 1 biji bawang besar jenis Holland -dipotong dadu
  • 1 cawan tomato/cherry tomato dikisar
  • 2 sudu besar tomato paste/puri
  • Kiub ayam
  • Lada hitam
  • Garam
  • Italian mix herbs
  • Air
  • Minyak utk menumis

Cara-cara penyediaan Sos Cheese :

  1. Cairkan butter dan tumis bawang putih kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
  2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan cheese, gunakan api yang perlahan dan kacau sehingga cheese cair. Masukkan bahan-bahan lain dan perasakan.

Cara-cara penyediaan sos bolognese (Bahan B) :

  1. Tumis bawang sehingga kuning.
  2. Masukkan tomato dan lain2 bahan, renih hingga pekat. (Nak tambah daging cincang dan cendawan pun boleh)

Cara memasak Mac and Cheese:

  1. Gaulkan macaroni yg telah direbus dengan cheese sos. Masukkan dalam bekas. Letak sos bolognese tabur mozarella kemudian parmesan dan parsely
  2. Bakar pada suhu 175 C selama 30 minit.

Selamat mencuba. Selain dari resepi ini, terdapat juga perkongsian resepi yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.