Sajian Lontong atau Lodeh kebiasaannya dijadikan sebagai menu di hari lebaran. Namun begitu, disebabkan resepinya yang mudah, cepat dan senang, menu ini juga disediakan untuk hari-hari kebiasaan. Walaupun lontong ini popular di kalangan penduduk Johor, tapi kini ianya turut mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang lain.

Rasa lemak lontong ini dengan bahan-bahan seperti pucuk, tauhu, tempe, udang, sengkuang dan sebagainya mampu membuat menu ini menjadi kegemaran orang ramai. Lagi naik umph, apabila lontong ini digabuungkan dengan sesuatu yang pedas seperti sambal bilis. Pasti boleh bertambah berkali-kali.

Resepi Lontong yang dikongsi oleh Raja Amanina‎ di laman muka buku ini mudah dan sedap. Sesuailah untuk sesiapa yang nak diet tuh. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya.

Resepi Lontong @ Lodeh
Imej via usiamuda.com

Resepi Lontong @ Lodeh

Bahan-bahannya:

Bahan A: Kuah [email protected]

  • bahan kisar (2 biji bawang besar, 2ulas bawang putih, kunyit hidup, 2sudu besar udang kering, sedikit belacan, halia 1hiris, lengkuas 1hiris)
  • serai 2 batang diketuk
  • santan secukupnya
  • asam keping 1 keping
  • [email protected] secukup rasa

Bahan B: [email protected]

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis sekejap bahan2 kisar
  2. Masukkan santan,serai,asam keping,sentiasa dikacau taknak bagi santan pecah
  3. Apabila dah hampir nak mendidih masukkan udang basah,carrot, sengkuang, suhun, kacang peas,tauhu,tempe perasakan gula garam
  4. Masak hingga mendidih

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Cara-caranya:

  1. Kisar bawang merah, bawang besar, cili kering, cili merah, belacan
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa perasakan gula garam
  4. Masukkan ikan bilis

Selain resepi [email protected] ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.