Siapa makan lepat? Makanan tradisional ini bukan main ramai juga yang minat hingga sekarang. Dihidangkan untuk sarapan, kenduri dan lain-lain.

Terdapat pelbagai macam lepat, salah satunya ialah lepat pisang. Lepat pisang dibuat menggunakan bahan asas pisang yang dilenyek, tepung, gula, santan. Ciri khas lepat ialah dibungkus dengan daun pisang. Ingat ya daun pisang kena dilayukan terlebih dahulu. Aroma wangi daun pisang inilah nanti yang menyatu dengan rasa sedap lepat.

Lepat pisang amat lembut. Ada yang meletak inti gula Melaka di dalam lepat pisang. Lagi sedap kalau pakai pisang yang sudah masak ranum. Lebih terasa manis dan lembut.

Jom buat lepat pisang sekarang merujuk resepi daripada Nor Hafiza Ghazali di laman Facebook yang kami tuliskan di bawah ini. Resepi sangat-sangat mudah. Selamat mencuba.

Resepi Lepat Pisang

lepat pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 15 biji pisang – dilenyek ,
  • 3 sudu besar gula,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • ½ cawan santan,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu besar biji sagu,
  • Daun pisang secukupnya – dilayur,

Cara-cara :

  1. Campur kesemua bahan.
  2. Ambil dalam satu senduk.
  3. Letak dalam daun pisang dan balutkan macam lepat.
  4. Kukus selama 30-45 minit.
lepat pisang

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lepat pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.