Jom cuba resepi lempeng viral ini.

Kaseh Sery‎ berkongsikan resepi lempeng yang viral di laman Facebook. Resepi ini bahkan memperolehi perkongsian hingga lima ribu lebih setakat artikel ini ditulis.

Lempeng boleh dijadikan menu makanan petang-petang. Lempeng diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan telur, sedikit mauripan, gula, garam dan sedikit air. Doh tidak boleh terlampau lembik ataupun keras supaya lempeng yang dihasilkan lembut dan kenyal.

Memasaknya pula tidak boleh terlalu lama, nanti hangit. Lempeng sedap dimakan macam itu sahaja atau dengan sambal tumis ataupun dengan susu pekat manis. Lempeng ini banyak dijual dimana-mana kedai di pasar malam. Namun lempeng viral dengan resepi yang terbaik hanya ada di perkongsian resepi kali ini!

Tidak perlu pergi ke pasar malam. Boleh makan puas-puas dengan rasa yang sesuai tekak. Sebaiknya anda buat sendiri di rumah. Lebih nikmat, lazat dan berbaloi tentunya.

Resepi Lempeng Paling Viral

lempeng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 senduk tepung gandum,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecil mauripan,
  • 2-3 sudu gula,
  • Sedikit garam,
  • 2-3 cawan air.

Cara-cara :

  1. Kacau sebati semua bahan.
  2. Biarkan adunan lebih kurang 1 jam.
  3. Kemudian, masak macam masak lempeng biasa.
    lempeng

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lempeng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.