Anda inginkan kelainan untuk menu minum petang? Kali ini kami bawakan resepi langos iaitu Hungarian Flat bread yang selalunya dihidangkan bersama krim masam. Ianya amat terkenal sebagai makanan jalanan di Hungary.

Cara pembuatan langos amat mudah kerana ia menggunakan bahan yang mudah untuk kita dapati. Bahan – bahannya seperti tepung gandum, yis dan susu tidak asing lagi dengan kita. Malahan, ianya boleh didapati dirumah kita sekarang ini. Langos amat sesuai dihidangkan bersama bermacam – macam jenis inti, yang manis ataupun yang pedas. Bergantung kepada selera anda!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Alawiyah Alwani Adnan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Langos

langos

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 300 ml susu segar suam
  • 2 1/2 sudu teh yis segera

Bahan B:

  • 500 g tepung gandum
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1 sudu teh garam halus

Bahan C:

"
  • 200 g kentang – direbus dan dilenyek halus

Bahan D:

  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling

Topping:

  • Nutella/Srikaya/Jem/Sambal tumis/Cheese

Cara – cara memasak:

  1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbuih dalam anggaran sepuluh minit.
  2. Kemudian, didalam satu bekas, satukan bahan B dan C. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap dibulat.
  6. Sediakan papan/silicon mat dan taburkan sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
  7. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat – bulatkan.
  8. Giling sedikit doh, jangan terlalu nipis sekadar hanya membesarkan doh sahaja.
  9. Kemudian, tarik ketepi doh tersebut mengikut kepada anda inginkan dan goreng dalam minyak yang dipanaskan tadi.
  10. Goreng sehingga kuning dan balikkan sehingga kuning juga.
  11. Angkat dan toskan diatas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak.
  12. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.