Agak-agak macam dah bosan kan dengan menu ayam, daging, telur dan ikan. Bolehlah cuba tukar kepada menu siput lala pula. Rasa lala nih sedap dan manis. Hanya dengan rebus lala dengan serai, garam dan bawang pun dah cukup untuk buat tambah nasi berkali-kali kot. Cuma itulah kena rajin sikit masa makan tuh. Kena kopek cengkerang nya.

Selain lala rebus, anda juga boleh cuba menu dan resepi lala masak paprik yang dikongsi oleh di laman muka buku. Resepi ini sangat mudah difahami dan diikuti. Dan yang paling penting bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak.

Resepi Lala Masak Paprik

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 kg lala(basuh bersih dan sejatkan air basuhannya)
  • 1 biji bawang merah besar (kisar)
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 inci halia di hiris/mayang
  • 3 batang serai diketuk
  • 1 biji bwg holland hiris bulat
  • 5 helai limau purut
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam dan perasa(garam guna secubit je sebab sos tiram dan sos ikan dah masin)

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang putih,halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan bawang kisar dan cili kisar masak sampai naik minyak.
  3. Masukkan serai, daun limau purut, pes tomyam sos tiram, sos ikan sampai naik bau.
  4. Masukkan garam, gula dan perasa.
  5. Akhir sekali baru masukkan lala gaul rata, biar kan air sedikit kering dan masukkan hirisan bawang holand.
  6. Agak-agak dah rata dan kuah likat melekat pada lala taburkan daun ketumbar.

Dah siap. Mudahkan? Tapi sekiranya anda hendak sedikit kuah, tidakperlu biarkan air kering. Terpulang pada kegemaran masing-masing. Nak kuah pekat atau cair. Tapi ingat, jangan lupa adjust dengan rasa ya. Nanti tak kick pula lala masak paprik ini.

Selain resepi lala masak paprik ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

"

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.