Siapa di sini suka makan lala? Lala ialah sejenis kerang-kerangan yang boleh dimakan. Lala biasanya dimasak lemak cili, goreng pedas dan masak halia. Pecinta seafood mesti suka makan lala.

Restoran mahal biasanya ada menyediakan lala dalam menunya. Lala dihidangkan satu bekas sebagai makanan pelengkap menu berat seperti ayam, daging dan ikan. Namun boleh tebuk poket makan lala di restoran disebabkan mahal harganya.

Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ telah berkongsi resepi lala masak halia yang sedap dan memikat ini di laman Facebook. Selain mudah ia juga amat senang disediakan. Lala masak halia, bahkan mungkinkalah rasa lala di restoran. Sila semak resepi di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Lala Masak Halia

lala

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Lala,
  • *5 inci halia,
  • *4 ulas bawang putih,
  • *2 labu bawang merah besar,
  • *10 biji cili padi,
  • *1 biji cili merah,
  • *1 batang serai,
  • 1 biji tomato,
  • 1 sudu tepung jagung,
  • 2 sudu sos tiram (bancuh dengan tepung jagung, sos tiram dengan sedikit air dan kacau sampai tepung tidak berketul).

Cara-cara :

  1. Tumis semua bahan bertanda * sehingga agak layu.
  2. Masukkan lala yang telah dibersihkan.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan sos tiram.
  4. Masukkan 2 sudu serbuk lada hitam dan kacau lala sehingga pekat dan mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan daun bawang ke dalam kuali, kacau sebentar dan tutup api.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lala, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.