Laksa adalah salah satu makanan yang terkenal dari negeri di belah-belah utara. Laksa kebiasaannya boleh didapati di mana-mana pasar malam. Kuah laksa yang selalu kita makan diperbuat daripada isi ikan. Adakah anda pernah terfikir untuk merasai kuah laksa yang diperbuat daripada isi ayam?

Resipi ini akan membawa sedikit kelainan daripada biasa iaitu resipi laksa kuah ayam. Kita tidak dapat melihat laksa kuah ayam dijual di mana-mana bukan? Jadi, jika anda mahu merasai sendiri laksa kuah ayam ini anda perlulah menghasilkannya sendiri di rumah. Jangan risau, resipi ini sama sahaja cara memasaknya dengan laksa biasa. Cuma anda perlu menukar isi ikan kepada isi ayam sahaja.

Jadi mari kita lihat resipi dari Animarlina Abd Maulop yang telah dikongsikan di laman Facebook. 

Resepi Laksa Kuah Ayam

laksa kuah ayam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam 1 kg
  • Cili kering (anggaran 2 genggam)
  • Bawang besar (3 biji)
  • Belacan sikit (anggaran besar duit 20 sen)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping 5 – 6 keping
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan cili kering
  2. Kisarkan cili kering, bawang besar, bunga kantan dan sedikit belacan.
  3. Ayam direbus, kemudian letakkan sesudu garam, dua keping asam keping yang dikisar halus.
  4. Gunakan air rebusan ayam itu dan campurkan kesemua bahan yang disediakan tadi. Kemudian letakkan daun kesum dan bunga kantan bersama asam keping dan garam secukup rasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi menarik yang semestinya anda boleh cuba. Jangan lupa juga ya untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.