Jom hidangkan laksa kedah untuk tetamu hari ini!

Resepi laksa kedah menggunakan ikan sardin tin tanpa sos dengan mee laksa warna putih. Citarasa rempah masak laksa yang dilengkapi dengan santan, makin menjadikan kuahnya enak dan pekat.

Resepi dengan bahan yang mudah dan seadanya namun menghasilkan laksa yang sedap bahkan kuahnya rugi tidak dihabiskan. Laksa kedah sedap dijadikan hidangan kenduri kendara, rumah terbuka dan majlis lainnya.

Masak laksa kedah satu periuk mesti akan habis dalam sekejap. Makan dengan ulam-ulaman seperti timun, lada, selom makin lazat rasanya. Mari jamu selera dengan laksa kedah resepi daripada Liyana Hasan di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Laksa Kedah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin sardin, dibuang sosnya dan cuci bersih kemudian blend hancur. (Boleh guna ikan biasa)
  • 1-2 biji bawang besar blend,
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan,
  • 1 ketul lengkuas besar ibu jari,
  • 1-2 batang serai dititik,
  • 5-6 tangkai daun kesum,
  • 4-5 keping asam keping,
  • 1 cawan santan pekat (kalau kurang boleh tambah lagi),
  • Air,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Rebus laksa terlebih dahulu.
  2. Dalam kuali lain tumis bawang blend, serbuk kari ikan, serai dan lengkuas. Masak sampai pecah minyak.
  3. Bila bahan tumis dan rempah sudah masak elok, masukkan sardin, gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan santan, asam keping dan sedikit air.
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula secukup rasa dan daun kesum. Apabila daun kesum sudah layu boleh tutup api.
  6. Sedai dihidangkan dengan meletak ulam-ulaman timun, bawang, selom, cili padi dihiris nipis.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi laksa kedah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.