Almaklumlah lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya.

Yang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tetapi nak jumpa oran atau kedai yang menjual laksa johor selain di johor susahlah sikit. nak tak nak kenalah cuba buat sendiri.

Yela. Kalau laksa lain semuanya menggunakan mee laksa yang diperbuat daripada tepung beras. tetapi berbeza dengan mee laksa johor ini. Ia menggunakan spagetti sebagai mee. Lainkan? Cara pembuatan kuahnya, mungkin hampir sama dengan kuah laksa yang lain. Cumanya kuah nya mesti lebih pekat sedikit. Kalau tak pekat , memang tak terasa.

Marilah tengok resepi laksa johor dari
Sifu Aya Maria Fathil yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya.

Resepi Laksa Johor

Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk kuah :

  • 1 kg ikan selayang (terpulang pd masing)
  • 500 gm udang basah 
  • 6 sudu besar udang kering
  • 1 genggam ikan bilis
  • 4 biji bawang besar
  • 6 biji bawang putih.
  • 3 sudu besar kerisik
  • 25 tangkai lada kering
  • 5 sudu besar rempah kari
  • 3 batang serai
  • sehiris halia
  • sehiris lengkuas
  • sedikit asam jawa
  • 6 sudu besar gula merah atau gula melaka.
  • 1 mangkuk kecil ikan kering kurau (goreng..blender)
  • 1 biji kelapa (santan)
  • garam..gula pasir dan ajino(jika suka) secukupnya

Cara penyediaannya:

  1. -Rebus ikan dan udang basah.
  2. Kisar kesemuanya (ikan, udang, udang kering, ikan bilis, ikan kering kurau) dengan air rebusan tersebut.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sedikit.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan lada kering yang dah dikisar.
  5. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air asam.
  6. Masukkan santan, gula merah, gula pasir, garam dan ajino (jika suka).

Bahan Ulaman

Bawang besar, Taugeh, Timun, Limau Kasturi, Daun Kesom, Daun Selasih jika ada..kacang panjang.

Sambal belacan

Lada (cili), belacan dan garam tumbuk atau kisar.

* jgn letak rempah kari dan lengkuas lebih sangat…akan menyebabkan kuah jd pahit dan kelat.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Asam Laksa ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .