Rasa manis labu bertambah sedap sekiranya dimasak bersama pucuk labu yang terasa sedikit lemak. Lepas tuh masak labu dan pucuknya dengan santan pula. Bertambah-tambah sedap lah lagi. Gabungan rasa manis labu dan pucuk masak lemak nih boleh menaikkan selera makan sesiapa sahaja. Walaupun hanya membayang dah terasa sedap rasanya.

Lepas tuh, kalau rasa-rasa tak nak makan dengan nasi, nak ratah atau makan masak lemak ini pun boleh. Tiada masalah. Dijamin tak pandang kiri kanan dah. Lagipun labu ini berkhasiat kot. Labu bersifat sejuk dan lembap serta kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. Labu juga dikatakan mempunyai sumber serat atau fiber yang tinggi di mana ia boleh berfungsi untuk mengawal nafsu makan.

Jadi, apa lagi. Jom tengok resepi masak lemak labu bersama pucuk labu nih. Resepi ini dari Suzana Yaakub yang disukai ramai. Caranya pun mudah dan tak renyah. Jadi proses nak masaknya pun boleh dicepatkan. Jom layan resepinya.

Resepi Labu dan Pucuk Labu

resepi labu resepi pucuk labu
Imej via Facebook

Bahan A: Bahan Asas

  • 1/2 biji labu masak (potong dadu)
  • 1 ikat pucuk labu (ambil pucuk shj, kerana daunnya liat)
  • 1 cawan santan

Bahan B: Bahan tumbuk

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 jemput ikan bilis
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara memasaknya:

  1. Permulaannya terdapat dua pilihan samada menumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak atau tanpa menumis iaitu merebus bahan tumbuk dengan 2 cawan air.
  2. Kemudian, masukkan labu hingga empuk.
  3. Kemudian, barulah masukkan 1/2 cawan santan dan garam.
  4. Setelah didih masukkan pucuk labu dan lebihan santan.
  5. Tambah air, dan adjust kepekatan ikut citarasa.
  6. Didihkan jangan sampai layu.

Dah siap. Mudah dan lazat kan? Nak lagi lazat hidangkan dengan sambal belacan/sambal tumis dan ikan goreng/masin. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain. Selain dari resepi labu ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.