Lagi, kali ini kami akan berkongsikan resepi telur kegemaran anak-anak. Ialah kurma telur hidangan yang lazat dan mendapat perkongsian ramai di laman Facebook.

Layaknya masakan kurma ayam atau daging, kurma telur dimasak dengan santan, kentang, rempah dan bahan masak kurma di mana telur direbus bulat-bulat dan digoreng terlebih dulu.

Kurma telur sesuai untuk anda yang ada alahan ayam/daging, boleh gantikan dengan telur. Makan nasi putih dengan kurma telur sedap sungguh merangsang selera.

Di bawah ini kami kongsikan resepi kurma telur senang, mudah dan lazat dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Telur Masak Kurma

kurma telur

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 10 butir telur direbus hingga betul-betul masak. Kopek kulit dan goreng sekejap.Toskan,
  • 4-5 biji kentang (potong ikut suka),
  • 3 cawan santan dari 1 biji kelapa parut,
  • 10 biji cili padi hijau jangan buang tangkai (hiasan),
  • 2 tangkai cili merah potong serong (hiasan),
  • 2 ½ senduk minyak masak (untuk menumis),
  • 3-4 butir bunga lawang,
  • 1 biji bawang besar (hiris),
  • 5 ulas bawang putih (hiris),
  • Halia sebesar ibu jari (hiris).

Bahan pes :

  • 3 paket kecil rempah kurma,
  • 1 sudu besar rata garam,
  • ½ sdt bahan perasa (ajinomoto),
  • 1 biji asam keping,
  • 3 tangkai daun kari,
  • 1 cawan air,
    (Kacau semua bahan ini untuk jadikan pes).

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kurma dan tumis hingga betul-betul naik minyak.
  3. Masukkan kentang dan gaul sebati.
  4. Bila kentang sudah mulai lembut masukkan santan.
  5. Jika santan sudah mendidih, masukkan telur.
  6. Masukkan cili padi hijau dan cili merah.
  7. Jika sudah pekat, sesuaikan rasa.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi telur kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.