Mahu hasilkan dan etrcari resepi kulit karipap yang rangup?

Beza orang beza pula kesukaannya. Macam kulit karipap. Tidak semua orang suka kulit karipap yang mulus, bersih dan halus. Kata rasanya bukan macam karipap kalau kulit terlalu halus sangat. Logiknya bukankah bagus yang halus itu? Namun begitulah faktanya.

Siapa peminat karipap jerawat batu? Diberi nama itu kerana kulitnya tidak mulus dan ada bonggol-bonggol macam jerawat gitu. Ayuh datang ke laman ini, kerana kami akan berkongsi kulit karipap jerawat batu perkongsian daripada Mariani Said‎ di Facebook.

Keenakan karipap bukan hanya bergantung pada isian intinya sahaja. Namun tekstur kulit luaran karipap juga berperan dalam kelazatan karipap. Kulit yang rangup garing namun lembut saat dikunyah, itulah jenis yang paling banyak disukai.

Dengan resepi perkongsian mudah dan lazat‎ ini, sudah boleh lah anda buat karipap ala kedai Melayu. Namun resepi ini hanya setakat kulit karipap sahaja, tidak dengan isian.  Kulit yang rangup dan kriuk masa dimakan. Sila cuba.

Resepi Kulit Karipap Jerawat Batu

kulit karipap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sb tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1 cawan air (lebih pun boleh)
  • Gaul rata semua bahan kecuali air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 11/2 sb marjerin

Cara Menyediakan :

  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Curahkan ke dalam tepung.
  3. Gaul menggunakan senduk.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
  6. Rehatkan seketika baru dibentuk menjadi karipap bersama intinya.
kulit karipap

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kulit karipap, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.