Kuih tepung pelita merupakan salah satu kuih tradisional yang menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai terutamanya di bazar-bazar sewaktu bulan puasa. Bagi saya kuih in sememangnya sangat sedap dan menyelerakan. Sedar-sedar dah habis beberapa bekas. Yela, gabungan rasa lemak berkrim bahagian santan dan kewangian pandan bahagian pandan mampu membuatkan sesiapa sahaja menyuap kuih ini suap demi suapan tanpa sedar.

Sekarang banyak resepi tepung pelita yang telah diubahsuai dengan dimasukkan tepung jagung la, tepung kwan hoe lah dan macam macam lagi.  Apa kata kali ini kita cuba buat menggunakan resepi tepung pelita versi kelantan yang dikongsikan oleh Nor Mastura Yusof dari laman Facebook. Gerenti jadi punya. Lagipun tak banyak pun bahan yang perlu disediakan dan caranya pun mudah. Tidak mengambil masa yang lama. Apa lagi. Jom tengok resepinya.

Resepi kuih tepung pelita (versi kelantan)

Bahan-bahan dan kaedah penyediaan tepung pelita

  • 500 gram tepung beras
  • Air 3 setengah jug blender jgn penuh (sekali air daun pandan )
  • Pewarna hijau
  • Sedikit kapur
  • Sedikit gula dan garam untuk perasa dalam adunan
  • Gula 250 gram
  • 1 cawan santan

Lapisan hijau

  1. Kacau kesemuanya kecuali santan hingga sebati. Pastikan tiada yang berketul-ketul.
  2. Kemudian masakkan di atas api sampai likat bersinar. Kacau sentiasa untuk elakkan hangit.
  3. Sementara itu, untuk setiap acuan masukkan gula sedikit (dalam 1/2 sudu)
  4. Akhir sekali, masukkan lapisan hijau yang telah siap dimasak ke dalam acuan yang telah dimasukkan gula.
Imej via facebook

Lapisan putih santan

  1. Bahan dan kaedahnya adalah sama seperti lapisan pandan. Bezanya hanya gantikan pandan dengan santan pekat 1 cawan mug dan kurangkan segenggam tepung dari lapisan pandan tadi supaya lapisan santan tidak terlalu keras.
  2. Akhir sekali, masukkan lapisan santan yang telah siap dimasak ke atas lapisan pandan tadi.
Imej via Facebook

Dah siap. Mudah kan? Tak payah dah susah-susah nak tunggu kukus pula sebab tepung dah masak. Jadi cara ini mudah dan jimat masa. Silakan share resepi ini jika ianya menepati apa yang anda cari. Anda juga boleh mencuba resepi menarik yang lain. Selamat mencuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .