Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun. Kuih talam pandan ke, kuih talam keladi ke, kuih talam sagu ke. Janji kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan tambah-tambah di bulan puasa.

Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya.

Resepi daripada‎ Saimah Abdulhadi  ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi jika ikut sukatannya. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal kuih talam buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya. 

Resepi Kuih Talam Keladi

Resepi Kuih Talam Keladi
Imej via facebook

Bahan A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 cawan santan

Bahan B

  • 1 cawan keladi yang di sagat memanjang
  • 3/4 cawan air

Bahan C

  • 2 sudu besar pes keladi / ibu air perisa keladi
  • 1/2 cawan air
  • Pewarna ungu

CARA-CARANYA :

  1. Pertama sekali, satukan kesemua Bahan A.
  2. Bahagikan adunan Bahan A kepada dua bahagian.
  3. Satu bahagian dicampurkan dengan Bahan B dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan Bahan C
  4. Kemudian, kukuskan setiap lapisan selama 15 minit
  5. Akhir sekali, biarkan kuih talam tersebut sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Mudahkan caranya? Rasa boleh buatkan? Selamat mencuba. Nak lagi seronok, proses membuat kuih talam ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti dengan anak-anak. Mesti anak-anak seronok punya. Hanya sediakan bahan, campur dan kukus.

Oh ya, selain dari resepi Kuih Talam Keladi, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .