Kuih Seri Muka merupakan kuih tradisional Melayu yang agak susah untuk dibuat. Kuih yang di atas nya lapisan pandan dan dibawahnya lapisan pulut memerlukan bahan, sukatan dan langkah-langkah yang betul untuk menghasilkannya. Jika tidak, kemungkinan kuih yang dihasilkan terlembik, terkeras atau terlerai adalah sangat tinggi.

Namun begitu, masih ramai yang ingin cuba membuatnya dengan pelbagai resepi dan petua. Kenapa? Kerana rasa lemak pada lapisan atas dan rasa pulut yang enak dan lemak itu menjadi sebab kuih seri muka ini masih menjadi kegemaran dan kesukaan orang ramai, terutama sekali golongan tua.

Mungkin resepi kuih seri muka dari Noraslinda Md Radzhi ini tidak akan menemui kehampaan. Tidak salah untuk kita mencubanya. Siapa tahu selepas mencubanya, kita boleh tersenyum kepuasan kerana seri mukanya menjadi. Yeay.

Resepi Kuih Seri Muka

Resepi Kuih Seri Muka
Imej via sea salt with food

Bahan A – Lapisan Bawah (Pulut)

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukupnya

Bahan B – Lapisan Atas

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula
  • 150 mL air pandan
  • 1 + 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau
  • Garam secukupnya (nak bagi lemak)

CARA-CARANYA :

  1. Pertama sekali, satukan kesemua Bahan A. Kemudian kukus sehingga masak. Sesekali pulut itu perlu dikacau dan dibalik-balikkan supaya pulut masak dengan sekata.
  2. Satukan kesemua Bahan B ke dalam pengisar dan kisarkan kesemuanya sehingga sebati.
  3. Sapu sedikit minyak pada acuan untuk mengelakkan kuih seri muka melekat pada acuan.
  4. Masukkan pulut yang sudah siap di masak ke dalam acuan tersebut.
  5. Rata dan tekankan pulut tersebut dengan sudu atau senduk sebelum dikukus sekejap.
  6. Tuang adunan Bahan B yang telah ditapis ke bahagian atas pulut.
  7. Kukus selama 15 minit (10 minit pertama – kukus dengan apibesar, 5 minit lagi – kukus dengan api sederhana).
  8. Akhir sekali, biarkan kuih seri muka tersebut sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Resepi  
Kuih Seri Muka
Imej via fried chillies

Selain resepi kuih seri muka ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.